MESIN OXYGEN CONCENTRATOR / TERAPI OKSIGEN: June 2014

Thursday, 26 June 2014

JEREBU DAN KESIHATAN Dapatkan Dr Arras Oxygen Concentrator

Kesan jerebu terhadap kesihatan

Kesan Kesihatan akibat jerebu adalah seperti gatal-gatal di bahagian KerongKong 

dan batuK, suKar bernafas, mata pedih dan berair, hidung berair dan Kerap bersin, 
Kulit badan terasa gatal dan saKit-saKit di bahagian dada.


Apabila jerebu melanda, udara di sekeliling kita akan mengandungi debu, habuk halus dan gas gas bertoksid serta berbau busuk. Walaupun udara yang disedut ditapis oleh organ badan kita tetapi penapis tubuh semula jadi tidak mampu menapis seratus peratus apa yang disedut dari udara. Kita yang menyedut udara tercemar berisiko menghadapi masalah kesihatan dan mudah dijangkiti bakteria, virus, dan yang paling menakutkan penyakit kanser dan radang paru-paru. 

Jerebu memberi kesan buruk kepada semua golongan termasuk kanak-kanak dan warga tua terutamanya mereka yang banyak menghabiskan masa di persekitaran luar. Faktor ini menjadi punca khususnya mereka yang mempunyai kesihatan seperti pernafasan, asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru kronik, jantung dan alahan. Kesan kesihatan akibat jerebu adalah seperti gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk, sukar bernafas, mata pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal dan sakit-sakit di bahagian dada. Tahukah anda pencemaran udara di sekeliling menyebabkan manusia kekurangan oksigen di dalam badan? Kebanyakan penyakit pada era moden berpunca daripada kekurangan oksigen di dalam darah, otak serta organ lain. Cukup 
bekalan oksigen di dalam tubuh akan mampu meregenerasi sel, membantu memperbesarkan daya penyerapan nutrisi, meningkatkan sistem pertahanan tubuh, dan meneutralkan zat-zat beracun dalam darah.


Arrakasta MO Sdn bhd merupakan satu-satunya syarikat bumiputera yang terdiri daripada usahawan muda dan berpengalaman luas dalam bidang kesihatan serta merupakan pengedar 
tunggal dr Arras Oxygen Concentrator di Malaysia yang mendapat sambutan di hati pengguna sejak dilancarkan. 
Dr Arras Oxygen Concentrator satu-satunya mesin oksigen pertama di Malaysia yang mempunyai tiga fungsi istimewa dalam satu mesin. 

Fungsi Dr Arras Oxygen Concentrator:
1- Menghasilkan Oksigen Tulen sehingga 90%
-“Fungsi utama dr Arras Oxygen Concentrator membekalkan oksigen tulen sehingga 90 peratus yang bebas daripada pencemaran berbanding persekitaran yang hanya mempunyai 20 peratus oksigen sahaja”

2- Menapis Habuk, Bakteria, Virus, Bulu binatang, asap dll
-Selain itu, dengan menggunakan teknologi Jerman terkini iaitu sistem penapisan HEPA, mesin ini bukan sahaja menapis udara malah bendasing lain seperti bulu binatang, habuk serta asap tetapi berupaya memerangkap dan membunuh virus dan bakteria sekecil 0.03 mikron yang terampai di dalam udara. 

3- Ion Negatif
-Pada masa yang sama, ia akan membebaskan ≥5,000,000 ion negatif untuk memastikan udara disekitar bukan sahaja bersih tetapi sihat. Ujarnya lagi ion negatif biasanya terdapat di kawasan tenang seperti hutan, air terjun dan kawasan pendalaman. 

Pengurus besar Arrakasta MO Sdn bhd, Mohd. Norazri hamzah menjelaskan setiap tubuh badan manusia mempunyai 60 billion sel yang memerlukan oksigen.Oksigen merupakan satu-satunya unsur yang diperlukan setiap saat. Semua proses penting seperti pernafasan, peredaran darah, fungsi otak, penghadaman, penyingkiran bahan buangan, pertumbuhan sel dan tisu serta pembiakan hanya berlaku apabila terdapat banyak oksigen. Oksigen merupakan sumber tenaga yang segera bagi kebanyakan proses metabolisme dalam sel dan tisu. Oksigen juga sebagai agen pengawal penyakit, terutamanya luka kronik. 
Menurut Authur C. Guyton, M.d. dalam bukunya The Textbook on Medical physiology, semua penyakit kronik berpunca daripada kekurangan oksigen yang berlaku di peringkat sel.

Kami melihat oksigen tulen, udara bersih dan ion negatif berkait rapat antara satu sama lain. Setelah kajian daripada R&D kami, Pihak Arrakasta MO Sdn Bhd menggabungkan ketiga-tiga fungsi ini di dalam satu mesin. Ia lebih menjimatkan serta lebih praktikal, menjimatkan dan memberi nilai tambah kepada pengguna.

“Kebanyakkan pengguna Dr Arras Oxygen Concentrator adalah dikalangan mereka yang mengalami masalah asma, copd, paru-paru kronik, semput, jantung, perkembangan minda, kanser dan sebagainya. Alhamdulillah dengan izin-Nya mendapat kesan yang memberangsangkan dan seterusnya dapat mengembalikan kesihatan yang diimpikan serta membantu mempercepatkan proses penyembuhan” Ujarnya.
“Menurut Azri lagi, ia amat sesuai untuk luka besar, luka terbakar, ibu mengandung serta tiada pantang larang penggunaannya dan tidak berbahaya. Di samping mereka yang mengalami masalah kesihatan, Dr Arras Oxygen Concentrator juga amat sesuai untuk pencegahan malah amat bagus untuk mereka yang sedang belajar samada di peringkat rendah atau diperingkat tinggi, untuk atlet sukan, golongan professional dan mereka yang bekerja diruangan terhad dan tertutup.”
“Menurut beliau, pihaknya berharap Dr Arras Oxygen Concentrator dapat dijadikan alat bantuan kecemasan di rumah sebelum mendapatkan rawatan di hospital.” Sesuai dengan visi dan misi syarikat Arrakasta MO Sdn Bhd mewujudkan kesihatan untuk semua rakyat Malaysia.
                Sebarang pertanyaan lanjut dan temujanji boleh menghubungi talian 019-2936337 atau    017-2990507 atau datang terus ke Arrakasta MO Sdn Bhd di alamat 23A-B Jalan Prima Saujana 1/1A, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang Selangor.




KAMI DAH DAPATKAN DR ARRAS OXYGEN CONCENTRATOR DENGAN HARGA PROMOSI!!!!


   




                                                              


RUJUK KONSULTAN ANDA CIK AISYAH 012-3374747 UNTUK DAPATKAN HARGA PROMOSI !!!!

Dr Arras Oxygen Concentrator






DR ARRAS OXYGEN CONCENTRATOR bukan sekadar mesin biasa, tetapi ia direka khusus untuk membantu menyediakan udara yang lebih bersih untuk kesihatan tubuh.

Testimoni yang dijalankan dalam kalangan orang ramai mendapati penyakit yang mereka alami semakin pulih selepas menggunakan mesin ini terutama yang melibatkan MASALAH PERNAFASAN. Ada yang mengalami masalah sinus dan hidung tersumbat mendapati keadaan lebih baik dan pernafasan lebih selesa selepas menggunakan mesin itu. Begitu juga mereka yang mengalami masalah tidur berdengkur, migrain, letih lesu, kurang fokus di tempat kerja, susah tidur, kerap sakit kepala dan masalah kulit. Selepas menggunakan Dr Arras Oxygen Concentrator, kehidupan mereka lebih selesa dan dapat melakukan aktiviti harian dengan lancar.

Dr Arras Oxygen Concentrator mungkin baru di negara ini, tetapi di beberapa negara maju seperti Eropah dan Jepun, ia banyak digunakan untuk pelbagai jenis penyakit. Mesin perubatan itu direka khusus bagi mengagihkan udara yang mengandungi oksigen dan nitrogen supaya oksigen yang dihasilkan mencapai sehingga 90 peratus tulen. Ia adalah sejenis mesin pintar bagi membersihkan udara tercemar akibat molekul habuk halus, bakteria, asap rokok dan pencemaran bahan kimia.

Kes 1

Arif Mohd Ramli, 69 tahun (Kuala Lumpur).

Saya memang menggunakan rawatan oksigen selepas disahkan doktor menghadapi masalah berkaitan jantung. Saya mempunyai 3 buah mesin oksigen di rumah

Selepas melihat iklan mengenai Dr Arras Oxygen Concentrator, saya berjumpa dengan juru perundingnya untuk mendapatkan maklumat lanjut dan sekaligus membeli Dr Arras Oxygen Concentrator kerana mendapati ianya sangat praktikal, mudah digunakan, fungsi 3 dalam 1 amat sesuai dengan keadaan saya, mudah digunakan di rumah dan menjimatkan elektrik dan berbanding oksigen lain yang saya gunakan.

Saya dapati Dr Arras Oxygen Concentrator mempunyai beberapa kelebihan termasuk menghasilkan oksigen tulen, anion negatif dan penapisan kekotoran udara.

Alhamdulillah, selepas menggunakan mesin ini, penyakit yang saya alami pulih, pernafasan memuaskan dan dapat tidur lena.

Testimoni percubaan Terapi Dr Arras Oxygen concentrator kami!!!
(Surat khabar Metro 25 November 2013)




OXYGEN CONCENTRATOR SANGAT SESUAI DI GUNAKAN OLEH GOLONGAN BERIKUT;


Wanita hamil

Ia membantu mengurangkan gejala seperti kelesuan, pening dan muntah yang disebabkan pencemaran udara.

Hasilnya, udara yang disedut bersih dan ia amat baik untuk proses pembesaran bayi dalam kandungan.

Kanak-kanak

Kanak-kanak yang dalam proses pembesaran memerlukan udara yang bersih dan sebarang kekurangan dalam isi padu menyebabkan mereka mengalami pelbagai komplikasi.

Malangnya, kemodenan menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada pencemaran udara di sekeliling dan ini memberi kesan kepada daya ketahanan tubuh.

Kekurangan oksigen dalam tubuh menyebabkan mereka mudah mendapat pelbagai jenis penyakit seperti sinus, alahan kulit, asma dan kurang daya tumpuan.

* Golongan berusia

Bagi mereka yang meningkat usia terutama warga emas, daya ketahanan badan dan sistem organ dalaman mulai merosot, apatah lagi jika persekitaran mereka tercemar dengan udara yang kotor.

Tidak hairanlah jika anda melihat golongan berusia terutama warga emas sering menghadapi masalah batuk, paru-paru dan sesak nafas.

Jika masalah itu terus berleluasa dan tiada usaha untuk menanganinya, mereka boleh mendapat jangkitan lebih serius seperti penyakit jantung, darah tinggi dan strok.

* Orang yang bekerja sepanjang masa di dalam bilik

Jika bekerja sepanjang masa dalam bilik terutama berhawa dingin, hakikatnya anda terdedah kepada pelbagai komplikasi serangan penyakit.

Golongan seperti tukang masak, pereka bentuk, operator dan `telemarketing' terdedah kepada risiko itu.

Kekurangan pengedaran udara dalam bilik menyebabkan berlaku pengurangan oksigen. Ini menyebabkan situasi seperti mudah letih, mengantuk, kelesuan dan tidak bermaya.

Akibatnya, mereka yang mengalami masalah itu akan terjejas prestasi kerja dan dalam tempoh jangka panjang mudah mendapat penyakit berjangkit.

* Orang yang banyak berfikir menggunakan otak

Golongan korporat seperti ketua jabatan, profesional, pelajar, warga kota, pemandu teksi, pemandu lori dan mereka yang sering tidur lewat terdedah kepada risiko ini.

Disebabkan persekitaran yang tercemar dan kekurangan oksigen, ia akan menyebabkan seseorang mudah mendapat penyakit kronik.

Oxygen Concentrator adalah sejenis alat istimewa kerana membantu merawat pelbagai penyakit kronik. Ia hanya mengambil masa 10 atau 30 minit dan mudah digunakan sama ada di rumah atau pejabat.

Cara penggunaan mesin Dr Arras Oxygen Concentrator

* Pagi

Selepas bangun tidur, gunakan Dr Arras Oxygen Concentrator selama 30 minit untuk mendapatkan oksigen tulen.

Ia membantu melancarkan peredaran darah kerana oksigen adalah nutrisi kepada sel dalam badan.

* Tengah hari

Selepas makan tengah hari dan separuh hari bekerja, gunakan 30 minit mesin itu untuk mendapatkan oksigen bagi membantu menghilangkan mengantuk, kelesuan, keletihan dan mengekalkan kesegaran badan seharian.

* Malam

Selepas seharian melakukan aktiviti, sebelum tidur gunakan mesin ini selama 30 minit untuk mendapatkan oksigen bagi membantu meningkatkan kualiti tidur.

Hasilnya, apabila bangun tidur esok hari, anda akan lebih segar, cergas dan lebih bersemangat untuk memulakan aktiviti baru.

Ia selamat digunakan kerana maklum balas daripada mereka yang menggunakan Dr Arras Oxygen Concentrator amat memberangsangkan.



Fungsi Dr Arras Oxygen Concentrator:

* Membantu meningkatkan peredaran darah

* Meningkatkan tahap fokus dan kecekapan bekerja

* Membantu meningkatkan sistem imunisasi

* Meningkatkan kualiti tidur

* Merangsang sel-sel otak dan mengurangkan tekanan

* Membantu memulih tenaga badan dan keletihan

Mereka yang sesuai menggunakan Dr Arras Oxygen Concentrator:

* Wanita hamil, kanak-kanak dan orang tua

* Orang yang banyak berfikir dan mudah penat

* Orang yang bekerja sepanjang masa di dalam bilik

KAMI DAH DAPATKAN DR ARRAS OXYGEN CONCENTRATOR DENGAN HARGA PROMOSI!!!!